Jalan jalan cari makan dan jalan jalan cari penat kali ni saya follow grup dari Kl dan gua musang..6 dari KL,2 Gua Musang,1 temerloh dan 1 mempaga(tekong kali ni).Mereka adalah sahabat saya dalam FB yang sama sama meminati basikal touring.Cigu Dzul,Khairul jebat,Irwan,Akemi,Azmicyclist,achik,afendi,syamil,bad,abg zainal dan saya sendiri.Hanya bad,cikgu dzul dan khai saja yg pernah saya jumpa,yg lain semua adalah kenalan dalam fb yg tak pernah bersua muka.
Perjalanan bermula dari trafik ipd bentung menghala ke mempaga,abg zainal janji tunggu dan join dari kpg Lebu..terus ke sg klau,sg ruan,bkt pampong dan berakhir di lata jarum,ulu dong pada hari pertama,sejauh lebih kurang 75km.
Hari kedua kami bermula lewat keran jarak antara ulu dong ke jeram besu benta hanya 30km+-..kami mulakan kayuhan selepas serapan pagi lebih kurang jam 10.30 pagi.Sampai di simpang ulu dong ke benta kami take 10..Selepas semua fresh kami mulakan semula perjalanan dengan pendakian 2.5km menuju puncak bukit Raya yang menjadi sempadan antara Raub dan Lipis.Pendakian yang agak kejam kerana ramai ahli kami terpaksa menolak pada 200m terakhir kerana tiada peluang untuk berehat..memang mendaki terus mendaki.Bonussss...lepas tiba di puncak,kami di hadiahkan down hill yang jugak bahaya..lajuuu cecah 45kmh..meluncur laju sampailah kami di Tualang Padang.Take 5 pulak.Kumpul ahli cukup..Jalannn lagi,sampai di masjid kg Budu tepat waktu zuhor.Solat dulu.
Kemudian kami kayuh santai sampai di Pekan Benta.Makan tengah hari di Bas Station Benta.
Beli bekalan apa patut,kemudian kami check in di Jeram Besu camping site lebih kurang jam 3.30pm.
Aktiviti Malam..Masak,Makan<sembang,Tidor.
Hari ke 3.
Jeram besu,Raub,Bentong.Jalan mendatar,kenderaan banyak..tiada tekan kayuhan..jarak 63km jeram besu-bentong.Sampai di Bentung Lebih kurang jam 3.00pm.Packing basikal dalam kenderaan masing masing.Bersuraiii.
Terima kasih kepada Kpl Sakipan jaafak dari Trafik Bentong,sebab bagi kami tumpang kenderaan kami di kawasan tuan.tqvm.
basikal kesayangan dah siap..surly lht dgn small panier.Terima kasih kepada Kpl Sakipan jaafak dari Trafik Bentong,sebab bagi kami tumpang kenderaan kami di kawasan tuan.tqvm.
Mie ular sawa.
kpg budu.benta.
simpang mempaga
dalam area raub.
tapak kemah di jeram besu.
sg klau.
zig zack bukit raya..penat oo..
bentung lagi..
1st pitstop
makannnn
tolakkkkk..
new pren..akemi
take 10..bkt raya
balai benta..ada kenangan sini